- Punca kena penyakit batu karang sebab tahan kencing selalu tu MITOS je
- Batu karang boleh terjadi sebab kurang minum air, dlm bahan kurang air, jadi bahan buang air tu kurang dan pekat jadi ianya tersimpan dlm buah pinggang so tak da proses penyingkiran/ perkumuhan. Bertpeu la jawabnya air kencing tu dlm buah pinggang.
- Umur yang berisiko mulai 20 tahun hingga 70 tahun. Padanlah aku berpotensi sebab nak masuk 20 dah tahun ni.
- Berisiko kepada kaum lelaki, perempuan jaranglah. Kalau terkena tu, lu pikir lah sendiri.
- Seperti selalu, orang kaitkan penyakit dengan keturunan. Oke juga berpotensi. Tapi kes aku, family aku takda yang batu karang. Acano tu?
- Akibat dari penyakit lain contohnya Kencing Manis dan Darah Tinggi.
- Kesan sampingan dari makan ubat lain pun boleh menyebabkan batu karang jugak.
- Faktor pemakanan pun memang punca paling famous. Selalu makan organ dalaman macam hati, limpa and so on pun boleh ke arah kena batu karang.
- Yang last ni, faktor kurang pergerakan. Senang cakap kurang exercise.
Antara simptom- simptom batu karang ni:
- Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.
- Air kencing berdarah.
- Air kencing keruh dan berbau busuk.
- Mual dan muntah.
- Sentiasa terasa hendak kencing.
- Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).
Next, bab makanan jika anda pesakit batu karang:
Minuman yang tidak boleh diminum :
kopi, teh, milo, koko
Minuman yang boleh diminum :
air barli, air masak, air buah-buahan seelok-eloknya 3 liter setiap
hari. Minum segelas seawal sebelum subuh, sebelum gosok gigi.
Makanan yang tidak boleh di makan :
semua jenis sayuran seperti taugeh, kubis, kangkung, bayam, kacang
panjang, tomato. Belacan, cencaluk, budu, ikan pekasan, udang ikan
kering/masin, sotong, lobak merah, strawberi, kerang, ketam, pulut
(termasuklah semua jenis kuih yang diperbuat daripada pulut). Daging
serta ayam boleh dimakan tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Kurangkan pengambilan gula dan garam. Cuba kurangkan pengambilan makanan
dari sumber protein haiwan. Elakkan atau hentikan terus memakan
buah-buahan jeruk. Dan jangan lupa paling penting jauhkan amalan kencing
berdiri.
Selamat membaca info ini. =)
| Saya di hospital tadi. Masuk wad di suspek Batu Karang. Sempat lagi snap gambar. Hewhewww =) |


