Since dulu lagi, mmg aku bercita- cita nak belaja kat over the sea! University of Birmingham, UK my dream university.
Hmmmm, berangan je laaa. Mak ayah tak mampu nak hantar yang menjadi penghalang.
Haritu, sikit je lagi nak isi application form dy, tapi bile pikir- pikir kan balik, da la tak bitau mak ayah, faktor ketidakmampuan lagi , Confirm- confirm tak baginye. So aku melupakan laaa hasrat aku tu.
Along penah cakap after aku SPM dulu. " Kamu buleh je nak study kat oversea tu, mintak JPA, kalau result mcm kamu, Australia buleh dapat."
Org cakap kan, ' No Money, No Talk' la kan!
Aku ada bitau ayah, buleh je dapat sponsorship, coz oversea student. Byk je company yg offer. Tapi ayah, expecially mak mmg tak bagi!
Teringat, my Physics teacher time kat teknik dulu, Tcr Zaiton. Beliau student oversea. kat New Castle tak silap aku. Beliau pernah story mory pengalaman beliau masa study kat oversea, beliau merasa 4, 4 musim. Summer, Spring, Fall, Winter. Macam besh dgr cerite tcr tu. Ingat lg dy bitau ktorg" U all jgn ingat salji macam ais kacang tu, kalau u pegang n tgk betol2, ais tu ada bentuk macam2."
Next, my ex- mentor, Kak Rajesh. Beliau mmg besh student kat sekolah kampong dulu. So no wonder laa dapat offer study kat oversea. Kat Queensland, Aust. Tengok pic kat FB dia, sangat la besh. merasa duk negeri org.
Lagi, kakak sedara ak, Kak Lela. Walaupun exchange student USM- CANADA je, tapi jadi la kan merasa gi Over THE SEA tu. Serious besh coz dy gi time winter hujung kot, tengok gamba kat FB dy laa, scene dy sangat perghhhh! tak tau nak ckp, cantek giler.
Belaja kat oversea ni aku tahu, mmg banyak cabaran, banyak duit, kena survive sendiri, kena pandai bawak diri, bukan nak belagak semata. And, apa yg penting, pengalaman n ilmu yg diperoleh (ceh, poyo!). Belaja kat mana- mana pun buleh, if dapat oversea, it's advantage la.
Anyway, dpt belaja di universiti tempatan pun da cukup baik. Malaysia punye pun sama hebat apa! Aku sgt bersyukur, Sebab masih diberi peluang, utk menempatkan diri kat U. Oversea tu cita- cita aku je.
Cita- cita is tak salah. Tak dapat capai, means kita mmg tak ditakdirkan utk itu, tapi kita masih diberikan peluang yg lain kan? huhu
P.s : Aku banyak wat silap time SPM dulu main- main lebeh, aku tebus kesalahan aku dgn study hard kat Matrik. Sebab aku tahu, silap sekali, bile diberi peluang, Aku kena guna peluang tu sebaiknye. Peluang susah nak datang berkali- kali. And, Alhamdulillah, aku rasa aku aku berjaya kat matrik! Cabaran seterusnya di UPM! =)



